25 November 2009

Hari Kecemerlangan Pelajar SKPU 2

Tahniah Aliah, mama doakan Aliah akan terus berjaya. Rasa berbaloi penat lelah mengajar anak-anak bila anak-anak dapat keputusan terbaik.

Aliah dapat 7 anugerah.

Ibu-bapa sendiri diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah pada anak-anak yang mendapat keputusan terbaik dalam matapelajaran. Aliah dapat hadiah untuk 4 matapelajaran terbaik. Turun dari stage papa ketawa sebab cikgu ikat piala tu dengan getah sebab banyak sangat, takut nanti jatuh pulak.
Anugerah terbaik dalam kelas dan anugerah terbaik aliran.
Anugerah Tokoh Akedemik untuk Tahun 4.

Di sekolah agama Aliah dan Nurin dapat nombor satu juga. Nurin dapat "Anugerah Pelajar Cemerlang Tahap 1(untuk Tahun 1,2 ,3) dan kedatangan terbaik (ponteng sekolah satu hari je...). Aliah dapat "Anugerah Pelajar Cemerlang Tahap 2 (untuk tahun4,5,6) dan kedatangan terbaik (aliah tak ponteng pun).

This month Mama dan Papa pulak nak exam, so turn anak-anak pula doakan semoga Mama dan Papa dapat good result, InsyaAllah.

Hari Kecemerlangan Dan Konvokesyen Pasti

Tahniah! Munirah. Syukur Alhamdulillah Munirah dapat No 1 dan dapat Anugerah Tokoh Pelajar.





Papa sampai tersasul nak sebut nama Munirah. Tak sangka anak sendiri dapat Anugerah Tokoh Pelajar.

Best friends Munirah - Shafiqah dan Durrani - "POWERPUFF GIRLS"


Mama dan Kakak Nurin tumpang gembira.
"HARI KONVOKESYEN PASTI KAWASAN PUCHONG".
Munirah tengah Q untuk ambil hadiah.


Munirah dapat hadiah lagi untuk Anugerah Tokoh Pelajar pada "Hari Konvokesyen Pasti Kawasan Puchong".




Tahniah! Munirah




Kawan-kawan Munirah



Semua bersyukur sebab Munirah dapat Nombor Satu.


Kakak Aliah dan Kakak Nurin yang paling lega sekali bila Munirah dapat keputusan terbaik. Semoga Munirah ikut contoh kakak-kakak ye...... Mu'iz tu suke sokmo.

Ex-student Pasti As-Syifaa bagi sokongan moral pada adik-adik


Terima kasih pada semua cikgu-cikgu Munirah


Eh, Eh,..... Ada student baru As'Syifaa la next year.......

23 October 2009


Hari-hari yang berlalu agak memenatkan kebelakangan ini sejak pembantu rumah dihantar pulang ke Indonesia kerana tak lulus pemeriksaan FOMEMA. Anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan bulan ni, saya dan suami yang sedang melanjutkan pelajaran disamping kerja rumah yang nak diuruskan. Keadaan ini betul-betul menguji diriku sebagai seorang isteri, ibu, pelajar dan pekerja. Pukul 5 pagi dah kena bangun, selepas uruskan anak-anak ke sekolah dan suami ke pejabat, terus bergegas ke office. Balik dari office terus ambil anak dari Taska. Sampai rumah, sambung lagi buat kerja rumah...memasak, membasuh, iron baju sekolah anak-anak, baju suami dan baju saya (7 pasang setiap hari). Selalunya selesai semua kerja dalam pukul 10:00. Lepas tu barulah dapat tengok homework anak-anak. Bila anak-anak dah tidur barulah dapat study. Dalam keadaan macam ni hari-hari berdoa pada Allah semoga diberi tubuh badan yang sihat, kesabaran dan semangat yang tinggi.

09 September 2009


ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIRandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu siangnya engkau sibuk berzikirtentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindumendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satuandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu sholatmu kau kerjakan di awal waktusholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba dirimenghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalusetiap masa tak akan dibiarkan begitu sajadi setiap kesempatan juga masa yang terluangalunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkanandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu malammu engkau sibukkan denganbertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..mengadu...merintih. ..meminta belas kasih"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"andai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayangmari kita meriahkan Ramadhankita buru...kita cari...suatu malam idamanyang lebih baik dari seribu bulanandai kau tahu ini Ramadhan terakhirtentu engkau bakal menyediakan batin dan zahirmempersiap diri...rohani dan jasmanimenanti-nanti jemputan Izraildi kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-RahmanDuhai Ilahi....andai ini Ramadhan terakhir buat kamijadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...menerangi kegelapan hati kamimenyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahisemoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nantiNamun teman...tak akan ada manusia yang bakal mengetahuiapakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinyayang mampu bagi seorang hamba itu hanyalahberusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN
&
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak.