
Hari-hari yang berlalu agak memenatkan kebelakangan ini sejak pembantu rumah dihantar pulang ke Indonesia kerana tak lulus pemeriksaan FOMEMA. Anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan bulan ni, saya dan suami yang sedang melanjutkan pelajaran disamping kerja rumah yang nak diuruskan. Keadaan ini betul-betul menguji diriku sebagai seorang isteri, ibu, pelajar dan pekerja. Pukul 5 pagi dah kena bangun, selepas uruskan anak-anak ke sekolah dan suami ke pejabat, terus bergegas ke office. Balik dari office terus ambil anak dari Taska. Sampai rumah, sambung lagi buat kerja rumah...memasak, membasuh, iron baju sekolah anak-anak, baju suami dan baju saya (7 pasang setiap hari). Selalunya selesai semua kerja dalam pukul 10:00. Lepas tu barulah dapat tengok homework anak-anak. Bila anak-anak dah tidur barulah dapat study. Dalam keadaan macam ni hari-hari berdoa pada Allah semoga diberi tubuh badan yang sihat, kesabaran dan semangat yang tinggi.
No comments:
Post a Comment