21 July 2009

Terima kasih anak-anak Mama




Hasil perkahwinanku bersama suami tercinta, aku dikurniakan 4 orang cahayamata. Yang sulung Aliah Adriana sekarang sudah berusia 10 tahun, Nurin Irdina 8 tahun, Munirah Munawwarah 6 tahun dan Muhammad Mu’izzuddin 3 tahun. Allah mengasihiku dan dia mengurniakan aku anak-anak yang mudah untuk dididik, Alhamdullillah.

Masih ku ingat semasa Aliah berusia 4 tahun, aku telah menghantarnya ke play school di Children Islamic Centre. Suatu hari Aliah bersungguh-sungguh memberitahuku apa yang ustazahnya ajar di sekolah. “Mama, ustazah cakap kalau tak pakai tudung nanti rambut kena bakar. Aliah nak pakai tudung la. Aliah tak nak rambut Aliah kena bakar”.

Alhamdulillah sejak dari hari itu, Aliah terus pakai tudung sehingga ke hari ini. Disebabkan kakak Aliah pakai tudung, adik-adik terus ikut kakak Aliah. Nurin dan Munirah mula pakai tudung ketika berusia 2 tahun sebab nak ikut macam kakak Aliah. Syukur Alhamdulillah pada mereka tudung itu adalah sebahagian dari pakaian harian. Terima kasih Aliah kerana Aliah telah membantu mama mendidik adik-adik dan Aliah telah meringankan tugas mama untuk mendidik anak-anak mama terutama sekali tentang asas seorang muslim iaitu menutup aurat.

No comments:

Post a Comment